Bagaimana mengurus hutang dan menguasai kemahiran kewangan

Kemahiran kewangan, termasuk mengurus hutang, tidak dimiliki semua orang. Malah bekas pelajar terbaik Matematik juga belum tentu menguasai kemahiran pengurusan hutang.

Tulisan ini bertujuan memandu pembaca mengenai bagaimana sepatutnya seseorang mengurus hutang yang ditanggungnya sama ada hutang peribadi atau hutang perniagaan.

Ketika ini, anda mungkin sedang berkira-kira untuk membuat hutang baru atau ‘letih terbelengu’ dek timbunan hutang sedia ada. hutang

Tidak kira sama ada ia hutang kad kredit, pinjaman peribadi atau kenderaan dan perumahan, nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP) mungkin boleh membantu membimbing dan mengenal pasti kedudukan anda sebagai individu yang berhutang.

 

Menurut agensi itu, pembayaran balik bulanan semua hutang sepatutnya tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar anda.

Semua hutang mestilah diuruskan sebaik mungkin dengan mengambil kira semua ciri tertentu.

Antara ciri pengurusan hutang yang baik ialah sesuatu hutang itu sendiri secara asasnya hanya diambil atau dilakukan bagi ‘tujuan produktif’

AKPK ialah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit, penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan bermasalah dan memberikan pendidikan kewangan kepada orang ramai.

Menurut AKPK di laman sosial Facebooknya, sebelum berhutang, anda juga perlu menimbang sama ada mampu membayar balik pinjaman atau hutang itu secara selesa (atau terpaksa berhempas pulas untuk melangsaikannya).

Menurutnya, anda sebagai peminjam juga mesti bertekad dan berpegang teguh pada tekad anda untuk membayar hutang berkenaan mengikut jadual pembayaran balik bagi mengelak pelbagai caj tidak perlu.

Selain itu, anda patut menggunakan mana-mana sumber dana lebihan atau mencipta pendapatan sampingan bagi mengurangkan jumlah baki hutang terkumpul yang masih ada.

Jika nasihat ini diambil kira dan diaplikasikan sebelum membuat sesuatu komitmen untuk hutang, anda mungkin tidak ditimpa ‘letih terbelengu’ dek saratnya hutang piutang.

Pokoknya, anda perlu bijak dan tahu bagaimana mengurus hutang agar ia tidak menjadi beban berterusan pada masa sekarang dan masa depan. – inimajalah.com

| INImajalah.com

| Komen: