Bagaimana mengekalkan kuasa fokus untuk kejayaan hidup

Bagaimana mengekalkan kuasa fokus untuk kejayaan hidup

Laman getrich.org dalam posnya pada 1 Jan 2015 memaparkan mengenai bagaimana untuk anda kekal fokus bagi menentukan kejayaan hidup.

FOKUS ialah satu perkataan penting yang diperkatakan banyak orang, terutama pakar motivasi di serata dunia. Anda, tidak dapat tidak, perlu memanfaatkan kuasa fokus untuk berjaya dalam hidup.

Dalam pos itu,  getrich.com menceritakan bagaimana sahabat penulis pos itu yang kehilangan pekerjaan dan terperangkap di dalam belenggu hutang. Hutangnya seperti ular sawa melilit keliling pinggang.

Bagaimanakah sahabat ini keluar dari kemelut hidupnya? Dia, ketika menjadi penganggur, tidak punya apa-apa lagi –  tiada pendapatan sedangkan hutang bertimbun.

Apa yang beliau buat ialah gunakan apa yang ada. Fokus pada apa yabg beliau ada, bukan pada apa yang beliau sudah tiada atau tidak miliki lagi.

Dan, apa yang beliau ada hanyalah sebuah motosikal lama. Dengan motosikal ini beliau pusing keliling bandar tempat tinggalnya menjual idea kepada usahawan tempatan.

Malangnya tidak seorang pun usahawan yang beliau temui, berminat terhadap ideanya.

Namun lelaki ini tidak putus asa. Akhirnya beliau mendapat seorang usahawan yang mahu dan berminat mencuba ideanya.

Di situlah bermulanya detik penyelesaian kemelut hidupnya. Dipendekkan cerita akhirnya beliau menjadi lelaki tanpa hutang dan berjaya di dalam hidup.

Cuba amati semula kisah ini. Apa moral ceritanya? Moralnya ialah anda mesti FOKUS pada apa yang anda ada, bukan pada apa yang anda tidak ada atau sudah kehilangannya!

Dan, anda mungkin boleh kehilangan segalanya, tetapi dua perkara ini tetap akan anda ada, iaitu otak anda dan Allah swt. Kedua-duanya tidak akan hilang daripada anda. Tiada siapa dapat mengambilnya dari anda!  – inimajalah.com

Nota: