Asus Zenfone Zoom Dilancarkan Di Malaysia, Hadir Dengan 3x Zoom Optikal, Berharga RM2099

Asus Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang memfokuskan kepada fotografi, iaitu Asus Zenfone Zoom. Asus menekankan yang mana telefon pintar ini adalah telefon pintar paling nipis di dunia yang menyertakan sokongan zoom optikal sehingga 3 kali, dan turut hadir dengan kamera 13-megapixel PixelMaster.

Asus Zenfone Zoom

Melengkapkan juga kamera belakang ini adalah fungsi autofokus pantas berasaskan lazer, serta sokongan penstabilan imej optikal.

Asus mengatakan ia menawarkan pengalaman penggunaan seumpama DSLR, tetapi boleh dibawa kemana-mana didalam poket. Zenfone Zoom turut menyertakan sokongan rakaman manual, dan kebolehan merakamkan gambar makro.

Asus-Zenfone-Zoom-White

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom 2.5Ghz, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Integrasi kad mikro-SD turut disertakan untuk memudahkan pengguna memperluaskan ruangan storan sehingga 64GB tambahan.

Untuk rakaman kamera hadapan, ia hadir dengan kamera 5-megapixel f/2.0. Zenfone Zoom turut menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh, dan dilengkapi dengan sistem operasi Android dan antaramuka ZenUI.

Asus Malaysia akan menjualnya pada harga RM2099 bermula penghujung Januari 2016 ini.

Asus Zenfone Zoom

Nota: