Asus Fonepad Note 6 Di Malaysia Bermula Pertengahan November – Berharga RM1399

Pada Computex 2013 yang lepas, pihak Asus telah memperkenalkan telefon pintar mereka dengan sokongan stylus – dinamakan sebagai Asus FonePad Note 6. Kini, selepas beberapa bulan, nampaknya peranti berkenaan akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Asus Fonepad Note 6 Di Malaysia Bermula Pertengahan November – Berharga RM1399

Asus FonePad Note 6 membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1080×1920 pixel, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560 dwi-teras 2GHz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, dan didatangkan terbina dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.

Asus sendiri menambah beberapa fungsi khas bersama-sama dengannya, termasuk ruangan storan percuma sebanyak 5GB melalui Asus WebStorage, sokongan voice memo dan voice dial, serta sokongan Smart Peek dengan penggunaan stylus.

Di Malaysia, Asus FonePad Note 6 akan ditawarkan bermula pertengahan November ini pada harga RM1399.

Kami akan membawakan video pandang pertama dan ulasan penuh peranti ini tidak lama lagi.

| INImajalah.com

| Komen: