Asphalt OverDrive Bakal Dilancarkan Khamis Ini Dengan Konsep Permainan Baru

Gameloft sedia menawarkan pelbagai permainan menarik kepada pengguna peranti mudah-alih, dan salah satu yang memfokuskan kepada lumba kereta adalah Asphalt. Terkini, versi baru permainan tersebut bakal hadir pada minggu ini, dinamakan sebagai Asphalt Overdrive.

Permainan baru ini mengekalkan penggunaan pelbagai kereta menarik untuk berlumba, tetapi berbeza dengan sebelumnya, kini pemain akan memainkan ia dengan menggunakan peranti secara menegak. Pengguna akan mengawalnya ia dengan swipe ke kiri dan ke kanan – lebih kurang seperti permainan Subway Surfer dan Temple Run. Sekaligus ia menjadikannya ia berbentuk permainan endless racer – dan bukannya berbentuk perlumbaan biasa seperti sebelum ini.

Permainan ini akan ditawarkan untuk peranti Android, iOS, dan Windows Phone bermula 25 September ini. Seperti biasa, ia akan ditawarkan secara percuma dan hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Nota: