Apple Sedang Membangunkan iMac Retina 5K

Laporan yang diperolehi dalam bulan Julai menyebut tentang Apple yang dikatakan akan melancarkan sebuah iMac dengan skrin 4K, namun laporan terbaru mengatakan ia syarikat itu sedang membangunkan iMac Retina 5K.

Apple iMac retina 5k

Apple iMac retina 5k

Apple Sedang Membangunkan iMac Retina 5K

Menurut sebuah syarikat kajian pasaran Taiwan, WitsView, rahsia terbesar Apple bukanlah sebuah iMac dengan skrin 4K, sebaliknya sebuah iMac Retina 5K bersaiz 27 inci. Syarikat tersebut tidak menyebut dari mana ia mendapat maklumat ini, namun ia tidaklah mustahil untuk dilakukan.

Syarikat tersebut meramalkan iMac terbaru itu akan mencetuskan satu gelombang permintaan terhadap skrin dengan reolusi tinggi.

Beberapa pembayang tentang peningkatan ini telah dilihat semasa pembentangan MacOS X Yosemite tidak lama dahulu dan ia juga merupakan langkah yang wajar bagi syarikat tersebut jika ia mahu kekal di hadapan dalam dunia desktop.

Tambahan pula, mungkin ia bukan satu kebetulan apabila Dell baru sahaja melancarkan skrin 5k 27 inci terbarunya. Mungkinkah skrin berkuasa Dell ini akan digunakan dalam penghasilan iMac tersebut?

Para pengkaji di WitsView meramalkan Apple akan melancarkan siri desktop terbaru itu menjelang penghujung tahun ini, jadi kita akan dapat mengetahui mengenainya dalam masa beberapa bulan ini.

The post Apple Sedang Membangunkan iMac Retina 5K appeared first on TechKini.com.

Nota: