Apple Memfailkan Paten Tali Apple Watch Merangkap Kerangka Tahan Hentakan & Tetongkat

Harga jam tangan pintar Apple Watch di Malaysia mencecah RM8000. Harga model paling asasnya pula lebih mahal dari majoriti phablet Android di pasaran. Sekiranya anda memiliki Apple Watch sudah pasti anda mahu memastikan peranti ini sentiasa di dalam keadaan baik dan sempurna. Ini bukan sahaja mengurangkan masalah kerosakan di masa hadapan malahan memastikan ianya boleh dijual semula pada harga yang tinggi. Beberapa kerangka Apple Watch pernah kami paparkan. Tetapi nampaknya Apple mungkin akan menghasilkan kerangka mereka sendiri dari tali jam terbina.

Apple-Watch-Paten-1

Paten di bawah difailkan oleh Apple tahun lalu. Tali jam magnetik ini boleh dibalut kemas menutupi skrin jam apabila tidak dipakai. Sekiranya jam terjatuh, skrin akan dilindungi oleh tali jam tersebut. Pada waktu yang sama ia mempunyai dua lagi fungsi tambahan yang membolehkannya menjadi tetongkat. Hanya perlu gulung tali jam dan Apple Watch boleh didirikan di atas permukaan rata. Kerana keseluruhan tali adalah magnetik, ia turut boleh dilekapkan pada peti ais, skrin iMac dan MacBook Pro. Sebuah konsep yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi. Mungkin tali jam magnetik pelbagai guna ini boleh kita lihat apabila Apple Watch 2 dilancarkan tahun ini.

Apple-Watch-Paten-2

Nota: