Apple Kini Menyediakan Panduan Untuk Beralih Dari Android Ke iPhone

Dengan majoriti pengguna dunia menggunakan platform Android, kini nampaknya pihak Apple turut berusaha untuk menarik mereka ke platform mereka, dan kini telah menerbitkan sebuah panduan khusus untuk pengguna Android untuk memindahkan pelbagai data mereka ke iPhone.

iPhone Panduan Pemindahan

Melalui panduan yang disediakan, ia menawarkan panduan untuk memindahkan kandungan, akaun emel, data kalendar dan sebagainya terus dari peranti Android ke peranti iOS. Apa pun, panduan yang ditawarkan agak sukar dan seperti tidak begitu mesra pengguna berbanding dengan dengan beberapa pengeluar yang lain. Perkara ini adalah kerana Apple meminta pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang berlainan untuk membuat pemindahan data.

Perkara ini dilihat amat jauh berbeza dengan pengeluar lain seperti Samsung yang menyediakan Samsung Smart Transfer, Motorola dengan Moto Migrate, HTC dengan HTC Transfer Tool, Sony dengan Xperia Transfer dan beberapa yang lain.

Walaupun Apple menyediakan panduan tersebut, dan mungkin boleh difahami oleh beberapa pengguna, tetapi ia boleh dikatakan tidak begitu mesra pengguna jikalau dibandingkan dengan apa yang disediakan oleh pengeluar lain seperti Samsung, Motorola, HTC, Sony dan sebagainya.

Bagi anda, jika ingin beralih dari Android ke iPhone, apakah cara mudah untuk anda alihkan semua data semasa ke iPhone baru anda?

Nota: