Apple Kini Menawarkan iOS 9.3 Beta Kepada Pengguna Umum

Apple telah memperkenalkan sistem operasi iOS 9.3 kepada para pembangun beberapa hari yang lepas, dan kini bergerak ke hadapan, mereka turut memperkenalkan iOS 9.3 Beta kepada para pengguna umum.

Dengan pengenalan ini, ia membolehkan orang ramai yang menggunakan peranti iOS untuk menguji sistem operasi yang dalam pembangunan ini sebelum ia dilancarkan secara rasminya. Memandangkan ia masih dalam peringkat beta, maka ia tidak begitu stabil sepenuhnya lagi, dan mungkin terdapat beberapa pepijat yang masih tidak dikenal-pasti lagi.

Melalui iOS 9.3 Beta, ia menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk penambah-baikkan kepada fungsi 3D Touch, kebolehan WiFi Assist yang kini memaparkan jumlah penggunaan data, fungsi Night Shift Mode, serta kebolehan Siri digunakan dalam bahasa Melayu.

Kami telah mencuba Siri dalam bahasa Melayu, dan ia dilihat lebih kepada berbahasa Indonesia berbanding bahasa Malaysia.

Bagi pengguna yang berminat, boleh menguji iOS 9.3 Beta ini sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Nota: