Apple iPhone 5S Dan iPhone 5C Mula Dijual Di Malaysia

Akhirnya, bagi mereka yang menantikan peranti iPhone 5S dan juga iPhone 5C, kedua-duanya telah mula dijual di Malaysia, dan turut ditawarkan melalui pakej dan pelan daripada Maxis, DiGi dan juga Celcom.

iPhone 5S & 5C Malaysia
iPhone 5C 16GBRM1999
iPhone 5C 32GBRM2399
iPhone 5S 16GBRM2399
iPhone 5S 32GBRM2749
iPhone 5S 64GBRM3149

Untuk makluman, iPhone 5S ditawarkan pada harga bermula RM2399, sementara iPhone 5C pula ditawarkan pada harga bermula RM1999. Kedua-duanya boleh didapati pada harga rendah sedikit dengan melanggan pakej daripada syarikat telekomunikasi, tetapi seperti biasa perlu menyatakan komitmen selama 12 bulan atau 24 bulan.

Bagi mereka yang tidak ingin terikat dengannya, mereka boleh mendapatkan iPhone 5S dan iPhone 5C melalui pengedar Apple rasmi.

Daripada apa yang diketahui, stok iPhone 5S dikatakan agak terhad, berkemungkinan kerana kekurangan stok secara global.

Nota: