Apple Dilaporkan Membangunkan iPhone Baru Dengan Skrin Lebih Besar

Dengan pelancaran iPhone 5S tempoh hari, semestinya usaha dalam membangunkan iPhone generasi baru – atau iPhone 6 telah sedia dimulakan. Kini, pihak Bloomberg hadir dengan beberapa info berkenaan dengan telefon generasi akan datang daripada Apple itu.

Mengikutapa yang dilaporkan, Apple sedang menguji saiz skrin pada 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan masih tidak bersedia sepenuhnya buat masa ini. Mengikut jadual pelancaran sebelum ini, iPhone baru ini dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga 2014 kelak.

Kedua-dua versi ini dikatakan diuji dengan rekaan kaca yang melengkung sedikit pada penghujungnya.

Selain daripada perbezaan dari segi kaca skrin, ia juga dikatakan Apple ingin menambah baik sokongan sensor pada telefon pintar mereka.

Seperti biasa, ia hanya sekadar desas-desus dan laporan awal – berkemungkinan ia akan mengalami pelbagai perubahan pada versi akhir kelak.

Nota: