Apple Bakal Tayangkan Acara Media Mereka Secara Langsung Awal Pagi Nanti

Seperti beberapa acara media Apple sebelum ini, nampaknya pengumuman yang akan dilakukan pada awal pagi kelak turut sama akan ditayangkan secara langsung oleh Apple untuk para pengguna mereka.

Apple Bakal Tayangkan Acara Media Mereka Secara Langsung Awal Pagi Nanti

Buat masa ini, ia dilaporkan ikon khas “Apple Events” telah pun hadir untuk pengguna Apple TV – lebih kurang sama seperti pengumuman sebelum ini ketika WWDC.

Selain melalui Apple TV, berkemungkinan besar, pihak Apple juga mungkin akan membolehkan pengguna peranti Mac dan iOS untuk mengakses siaran langsung berkenaan melalui pelayar web Safari mereka.

Acara media Apple yang akan diadakan pada awal pagi nanti dijangka akan memperlihatkan keluarga tablet baru daripada Apple, disamping melancarkan Mac OS X kepada umum.

Kemaskini : Apple telah mengemaskini halaman web utama mereka, menyertakan pautan untuk menonton siaran langsung acara media mereka. Pengguna diperlukan menggunakan Safari pada OS X 10.6 dan terkini ataupun pada iOS, selain boleh menontonnya melalui Apple TV.

| INImajalah.com

| Komen: