Aplikasi Remote Desktop Akan Hadir Ke Platform Windows Phone

Lanjutan daripada pengenalan aplikasi Remote Desktop untuk Android dan iOS, semestinya ramai pengguna Windows Phone yang menantikan aplikasi sama daripada Microsoft. Kini, pihak Microsoft dilaporkan mengatakan akan memperkenalkan aplikasi berkenaan tidak lama lagi untuk pengguna platfrom tersebut.

Aplikasi Remote Desktop Akan Hadir Ke Platform Windows Phone

Seperti semua sedia maklum, penggunaan Remote Desktop pada telefon pintar mungkin agak janggal kerana saiz skrinya. Namun, dengan skrin peranti yang kini mencapai sehingga lebih 6-inci, mungkin masalah tersebut tidak timbul.

Microsoft sendiri melalui Update 3 telah mula membawakan sokongan untuk skrin phablet, dan mungkin sekiranya diperlukan pada sesuatu masa, aplikasi Remote Desktop ini akan amat berguna kepada mereka yang terlibat dalam arena IT.

Melalui Remote Desktop, ia membolehkan pengguna mengakses dan mengawal desktop Windows mereka melalui telefon pintar atau tablet – memudahkan pengguna untuk memantau perkembangan dan membuat sesuatu tugasan walaupun sedang berada di luar.

Nota: