Aplikasi Rasmi Untuk YouTube Hadir Di Firefox Marketplace

FirefoxOS masih lagi tidak digunakan secara meluas oleh ramai pengguna, namun ia tidak menghentikan pembangun aplikasi untuk hadir dengan aplikasi rasmi mereka untuk platform tersebut. Ini termasuklah pihak Google yang dilihat telah pun sedia menerbitkan aplikasi mereka di Firefox Marketplace.

Melaluinya, ia menawarkan aplikasi YouTube versi HTML5 kepada para pengguna FirefoxOS, sekaligus memudahkan mereka untuk mengikuti laman video kegemaran ramai tersebut pada peranti mudah-alih mereka.

Untuk makluman, FirefoxOS menjalankan sistem operasi dan aplikasi berasaskan HTML5, maka proses pembangunannya boleh dikatakan agak mudah berbanding dengan beberapa platform lain.

Sekiranya anda menggunakan FirefoxOS, mungkin boleh menyemak aplikasi rasmi YouTube di FirefoxMarketplace hari ini.

Nota: