Aplikasi Penyuntingan Gambar Pixlr Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Windows Dan Mac

Bagi pengguna peranti Android dan iOS, mungkin anda pernah mendengar atau menggunakan salah satu aplikasi penyuntingan gambar popular – Pixlr. Kini, dengan populariti pada platform mudah-alih, aplikasi berkenaan juga turut diperkenalkan secara rasminya untuk pengguna desktop.

Pixlr

Menggunakan Pixlr di desktop, pengguna boleh menambah pelbagai kesan penuras pada gambar mereka, disamping menjadikan sesuatu gambar lebih menarik dengan menambah kekaburan, membuatnya menjadi kolaj, dan sebagainya menggunakan perisian ini. Disamping itu, fungsi penyuntingan asas seperti mengecilkan gambar, membuang sebahagian gambar dan sebagainya turut disertakan pada Pixlr.

Jika anda tercari-cari sebuah perisian untuk menambah kesan seumpama Instagram dan sebagainya pada gambar rakaman anda, berkemungkinan Pixlr adalah yang salah satu yang boleh dicuba. Pixlr buat masa ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows dan Mac, selain turut hadir dalam versi Pro yang menyertakan beberapa perkara tambahan.

Nota: