Aplikasi Nokia Camera Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti Lumia Windows Phone 8

Aplikasi Nokia Camera Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti Lumia Windows Phone 8Lanjutan daripada pengumuman pihak Nokia pada petang tadi, kini dilihat mereka telah pun menerbitkan aplikasi Nokia Camera kepada pengguna peranti Lumia yang menjalankan sistem Windows Phone 8.

Nokia Camera merupakan aplikasi yang mengabungkan fungsi-fungsi menarik daripada Nokia Pro Cam dan juga Nokia Smart Cam dalam satu aplikasi.

Menggunakannya, pengguna boleh merakamkan gambar dengan lebih baik, disamping mengawal kadar pencahayaan, ISO, fokus dan sebagainya dengan baik. Fungsi membuang objek yang tidak diingini, serta beberapa fungsi tambahan lain turut disertakan pada aplikasi Nokia Camera ini.

Seperti biasa, ia hanya eksklusif untuk peranti Nokia sahaja, dan boleh dimuat-turun melalui Windows Phone Marketplace hari ini.

Nota: