Aplikasi Lazada Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Lazada sedia terkenal dikalangan ramai pengguna internet tempatan, dimana mereka menawarkan pelbagai peralatan elektronik melalui laman mereka. Kini, selain daripada hanya web, pihak Lazada juga turut melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna iPhone dan juga iPad.

Lazada iPhone

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh membuat pembelian, mencari barang dan melihat harga semasa menggunakannya. Seperti biasa, selain membayar menggunakannya, pengguna turut boleh memilih Cash-On-Delivery menggunakan aplikasi berkenaan dan membayar ketika menerima barang tersebut.

Selain daripada itu, aplikasi Lazada ini juga turut membolehkan pengguna mengikuti promosi dan tawaran daripada Lazada dalam bentuk notifikasi, sekaligus memudahkan anda membuat pembelian sekiranya terdapat jualan murah dan sebagainya.

Bagi pengguna iPhone dan iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Lazada ini dari AppStore hari ini secara percuma.

Kemaskini: Dalam tempoh 72 jam pertama pelancarannya, para pengguna yang memuat turun app berkenaan akan mendapat diskaun eksklusif sebanyak RM30 bagi sebarang pembelian dengan jumlah minimum RM70. Di samping itu, Lazada bercadang untuk memberikan kejutan kepada tiga pembeli bertuah yang membeli menerusi app baharu tersebut dengan memberikan tiga baucar bernilai RM500.Cabutan bertuah ini adalah layak untuk para pembeli yang membeli menggunakan app tersebut bermula pada 19 hingga 31 Januari.

Nota: