Amanz x Ramadhan 7 – Menangi LEVEL Over Bernilai RM1399 Daripada Samsung

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, kami bersama-sama beberapa penaja menyediakan beberapa hadiah menarik untuk dimenangi, dan untuk hari ini, kami mempunyai headfon terkini daripada Samsung, iaitu Samsung LEVEL Over bernilai RM1399.

Samsung LEVEL Over

Samsung LEVEL Over

Samsung LEVEL Over merupakan fon kepala premium daripada pihak Samsung dalam keluarga produk audio LEVEL. Ia hadir dengan sokongan audio yang amat baik, dimana pihak Samsung mengatakan ia menyertakan sokongan bunyi organik, dan menyertakan 50mm bio-cellulose driver units untuk penawaran bunyi bass yang amat baik.

Samsung LEVEL Over

LEVEL Over hadir dengan sokongan kabel, dan pengguna turut boleh menggunakannya tanpa wayar melalui sokongan Bluetooth. Fungsi lain seperti Active Noise Cancellation, sokongan sambungan melalui NFC, sokongan sentuhan untuk kawalan, integrasi dengan telefon pintar, dan beberapa perkara lain.

Di Malaysia, Samsung LEVEL Over ditawarkan pada harga RM1399, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Untuk memenangi Samsung LEVEL Over ini, anda hanya perlu tinggalkan slogan ringkas, “Saya ingin memenangi Samsung LEVEL Over kerana…“, dan pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Dua hadiah misteri tambahan turut disediakan untuk dua lagi pemenang rawak.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 11 malam (11 Julai).

Nota: