inimajalah, dherba, herba

AirMail – Klien Emel Menarik Untuk Pengguna OS X

Terdapat beberapa klien untuk pengguna OS X, dan salah satu yang membawakan antaramuka minimalis serta fungsi-fungsi yang menarik adalah AirMail.

Secara kasarnya, boleh dikatakan AirMail membawakan rekaan seumpama Sparrow yang telah diambil-alih oleh Google sebelum ini. Melaluinya, ia membawakan butang navigasi pada bahagian kiri perisian, sementara mesej diperlihatkan pada bahagian kanan.

AirMail

Pengurusan emel juga mudah apabila menggunakan Airmail, termasuk sokongan untuk label, dan pelbagai pintasan dalam memudahkan anda membalas emel dan sebagainya.

Dari segi sokongan, ia membawakan sokongan untuk pelbagai akaun emel utama, termasuk GMail, iCloud, Yahoo! POP3, IMAP dan lain-lain.

AirMail

Bagi pengguna Mac OS X, mungkin boleh mencubanya, dan memuat-turun ia dari Mac AppStore hari ini. AirMail ditawarkan pada harga $1.99 yang boleh dikatakan berbaloi bagi pengguna yang aktif dalam menggunakan emel dan sebagainya.

lazada

Baca juga:  Paint.NET 4.0 Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun