Adblock Kini Membolehkan Pengguna Membuang Pelbagai Elemen Pengiklanan Di Facebook

Adblock sedia dikenali ramai dengan kebolehan untuk menghalang iklan yang menganggu daripada diperlihatkan. Hari ini, Adblock dilihat melangkah setapak kehadapan dengan memberikan peluang kepada pengguna untuk menghalang pelbagai jenis iklan dan elemen di Facebook daripada dipaparkan.

Adblock Kini Membolehkan Pengguna Membuang Pelbagai Elemen Pengiklanan Di Facebook

Melalui pengenalan baru ini, pengguna boleh mengawal sama ada ingin menghalang beberapa elemen di bahagian sidebar Facebook sahaja, ataupun pada ruangan News Feed, ataupun pada kedua-dua bahagian sekali.

Selain iklan, pengguna juga kini turut sama boleh menghalang beberapa elemen dipaparkan, termasuk “Suggest Friends”, “Suggested Groups”, “Games You may Like”, “Friend Finder” dan banyak lagi. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna melayari laman Facebook tanpa gangguan seperti sebelumnya.

Muat-Turun Adblock Facebook

Nota: