Acer Mula Menawarkan Acer Liquid S1, Liquid E2 Dan Liquid Z3 Di Malaysia

Nampaknya Acer Malaysia secara diam-diam telah pun menambah penawaran telefon pintar baru mereka untuk pasaran tempatan, dimana terkini mereka menambah tiga lagi peranti baru, iaitu Liquid E2, Liquid Z3 dan juga Liquid S1.

Acer Mula Menawarkan Acer Liquid S1, Liquid E2 Dan Liquid Z3 Di Malaysia

Antara ketiga-tiganya, yang utama adalah Acer Liquid S1 yang mana telah diperkenalkan pada Computex bulan Jun 2013 lepas. Ia membawakan cip empat-terasn MediaTek 1.5Ghz, dilengkapi memori 1GB RAM, serta skrin bersaiz 5.7-inci. Ini merupakan telefon pintar pertama daripada Acer dalam kategori melangkaui saiz 5-inci.

Walaupun membawakan antaramuka natif Android, Acer dilihat turut menambah beberapa fungsi, termasuk floating widgets yang mana merupakan variasi aplikasi mini dengan tetingkapnya tersendiri pada telefon berkenaan.

Acer Mula Menawarkan Acer Liquid S1, Liquid E2 Dan Liquid Z3 Di Malaysia

Acer Liquid E2 pula merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan dan telah diperkenalkan pada bulan April 2013 lepas.

Ia menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci dan dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2GHz serta memori 1GB RAM. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

Acer Mula Menawarkan Acer Liquid S1, Liquid E2 Dan Liquid Z3 Di Malaysia

Dan akhir sekali, Acer Liquid Z3 pula adalah peranti dengan spesifikasi asas – membawakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori 512MB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 3.15-megapixel.

Acer Liquid S1 dijual pada harga RM1299 di Malaysia, sementara Liquid Z3 pula pada harga RM399, dan Liquid E2 pada harga RM749.

| INImajalah.com

| Komen: