Acer Malaysia Melancarkan Liquid S1, E2 Dan Z3 Secara Rasmi

Selepas menawarkan secara eksklusif bersama-sama pihak Lazada selama dua minggu, hari ini pihak Acer Malaysia telah pun melancarkan peranti mereka secara rasminya, dan berkongsi ia akan ditawarkan melalui pengedar rasmi bermula 1 November kelak.

Acer Malaysia Melancarkan Liquid S1, E2 Dan Z3 Secara Rasmi

Acer Liquid S1 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi daripada Acer, membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, cip pemporsesan empat-teras 1.5GHz, memori 1GB RAM, bateri berkapasiti 2400mAh, dan dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.

Acer Malaysia Melancarkan Liquid S1, E2 Dan Z3 Secara Rasmi

Acer Liquid E2 pula membawakan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip pemprosesan 1.2GHz empat-teras, memori 1GB RAM, dan juga kamera belakang 8-megapixel. Sama seperti S1, ia juga turut dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Acer Malaysia Melancarkan Liquid S1, E2 Dan Z3 Secara Rasmi

Acer Liquid Z3 pula merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas, menyertakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori 512 RAM, dan kamera belakang 3-megapixel.

Setiap peranti juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan menarik, dan antaranya adalah termasuk papan kekunci Swype, sokongan Float Caller dan juga Floating Apps. Seperti biasa, sesetengah fungsi hanya terhad kepada peranti Liquid S1 sahaja.

Acer Liquid S1 dijual pada harga RM1299, Acer Liquid E2 pada harga RM749, dan Acer Liquid Z3 pula dijual pada harga RM399.

Nota: