7-Eleven Menawarkan Penghantaran Ke Rumah Melalui Kerjasama FoodPanda

FoodPanda sedia menawarkan perkhidmatan penawaran makanan yang ditempah secara dalam-talian terus ke rumah, dan kini mereka turut memperluaskan sokongan ke arena peruncitan dan 7-Eleven menjadi rakan kerjasama terbaru mereka.

FoodPanda - 7Eleven

Buat masa ini, sokongan penghantaran ini meliputi beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, Subang, Cuberjaya, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Melalui kerjasama ini, pengguna boleh membuat tempahan melalui aplikasi atau web FoodPanda, dan seterusnya menerima barangan yang ditempah di rumah mereka. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan PayPal, kad kredit ataupun ketika penghantaran di rumah.

Berbeza dengan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam, urusan penghantaran oleh FoodPanda ini hanya beroperasi sekitar pukul 10 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Layari : FoodPanda

Nota: