6tag Dikemaskini Dengan Sokongan Instagram Direct

6Tag6tag merupakan salah satu aplikasi berbentuk klien Instagram untuk Windows Phone. Terkini, melalui kemaskini baru yang diperkenalkan, ia turut menyertakan sokongan Instagram Direct bersama-sama dengannya.

Instagram telah memperkenalkan Instagram Direct sebelum ini, yang mana membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej peribadi berbentuk gambar dan video dari rakan mereka, lebih kurang seperti sokongan Direct Message pada Twitter.

Walaupun Instagram mempunyai aplikasi mereka tersendiri untuk Windows Phone, namun ia masih pada peringkat beta dan pelbagai fungsi masih tidak disokong lagi, termasuk Instagram Direct.

Bagi pengguna Windows Phone, sekiranya anda ingin mencuba Instagram Direct ini, mungkin boleh memuat-turun aplikasi 6Tag secara percuma dari Windows Phone Store.

Nota: