5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Berus Gigi

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Berus Gigi | Kita menggunakan berus gigi setiap hari, tetapi pernahkah anda terfikir secara mendalam tentang berus gigi yang digunakan? Berus gigi yang efektif bukan sahaja dapat menjadikan gigi putih berseri, malah turut dapat menghindari jangkitan bakteria dan keradangan yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan nyanyuk. Berikut merupakan saranan pakar mengenai kriteria berus gigi yang perlu dititikberatkan.

Bentuk

Adakah anda memilih untuk menggunakan berus gigi elektronik yang berkepala bulat dan berputar, atau berus gigi tradisi yang biasa? Ramai doktor gigi yang berpendapat bahawa kedua-dua jenis berus gigi adalah efektif. Akan tetapi satu kajian yang telah dibuat oleh Cochrane Collaboration menemukan bahawa setelah melalui tempoh selama tiga bulan, berus berkepala bulat yang berpusing (yang menyerupai berus yang digunakan semasa pembersihan gigi secara profesional) dapat menanggalkan 11% lebih plak berbanding berus gigi biasa. Jika anda memilih berus biasa, doktor gigi dari American Dental Association memberi saranan kepada mereka yang mempunyai rahang yang sempit supaya memilih berus yang berkepala tirus.

Saiz

Tiada saiz yang spesifik yang dapat ditentukan, namun, selalu beringat bahawa berus yang besar tidak dapat menanggalkan plak yang terbentuk di celah gigi yang sempit dan di kawasan belakang gigi. “Anda akan tahu bahawa anda telah menemui saiz berus yang sesuai jika ia dapat membersihkan seluruh kawasan gigi geraham dengan selesa,” kata doktor gigi dari California.

Bilah Berus

Sentiasalah memilih untuk berus yang lembut atau ekstra lembut. Ramai yang salah anggap bahawa berus yang keras lebih berkesan membersihkan gigi, tetapi sebenarnya adalah sebaliknya. Ini kerana berus yang keras tidak dapat membengkok dengan baik, ia boleh terlepas membesih kawasan di bawah gusi dan diantara gigi yang sangat perlu dibersihkan. Berus yang keras juga tidak baik untuk gusi anda. Kajian di dalam jurnal Periodontology menemukan bahawa mereka yang memberus menggunakan berus yang keras mengalami 11% peningkatan dalam pendarahan gusi selepas lapan minggu.

Pemegang

Selain daripada memberikan rasa selesa apabila dipegang, pemegang yang pelbagai bentuk dan gaya yang direka oleh pengeluar berus gigi sebenarnya tidak memberi kesan kepada pemberusan gigi anda.

Menukar Berus

Jika berus telah digunakan memelebihi empat bulan, ia perlu ditukar kepada yang baru. Ramai orang yang menggunakan berus yang sama untuk jangka masa enam bulan atau setahun. Pada masa itu, bilah berus yang sudah lama tidak lagi efektif untuk menanggalkan plak, sisa makanan, dan bakteria, meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat kaviti gigi dan penyakit gusi.

Okey, Zyra dah tak nak beli berus yang funky funky :3

If you enjoyed this post, you should read this: Product

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Berus Gigi
zyra roxx

Nota: