3 Aplikasi Menarik Untuk Piala Dunia FIFA 2014

Piala Dunia FIFA 2014 bakal bermula pada hari Jumaat ini, dan semestinya ia bakal menjadi perbualan ramai, dan tidak kurangnya para pengguna yang ingin mengikuti kemaskini langsung acara tersebut, terus melalui peranti mudah-alih anda.

Untuknya, pelbagai aplikasi menarik disediakan oleh pelbagai pihak, dan tidak ketinggalan pihak FIFA sendiri. Jadi, berikut merupakan beberapa aplikasi yang dikumpulkan kami dan mungkin boleh dimuat-turun anda bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2014 ini.

ESPN FC

2014 FIFA World Cup ESPN

Aplikasi rasmi daripada pihak ESPN, yang mana menawarkan berita, skor semasa, serta melihat kemaskini sosial berkaitan dengan bola sepak dan piala dunia terus melaluinya. Selain Piala Dunia FIFA 2014, aplikasi ini turut menyertakan beberapa liga popular, termasuk Premier League, dan juga UEFA Champions League.

FIFA

FIFA

FIFA sebagai badan disebalik bola sepak dilihat turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Android dan iOS, dimana melaluinya pengguna boleh melihat pelbagai perkembangan daripada liga-liga utama seluruh dunia termasuk Piala Dunia FIFA 2014.

Muat-Turun FIFA untuk iOS
FotMob

FotMob

FotMob merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan untuk pelbagai platform. Daripada penggunaan kami, kami agak menyukai aplikasi ini kerana mempunyai push-notification, sekaligus membolehkan anda mengikuti pelbagai perkembangan mutakhir dengan mudah. Apa pun, untuk menggunakan beberapa ciri menarik pada aplikasi ini, pengguna perlu membuat pembelian-dalam-aplikasi untuknya.

Muat-Turun FotMob untuk iOS

Nota: